Pelihara Hak Cipta seperti mempeliharakan anak Sendiri!
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan rakan - rakan usahawan bagaimana untuk menjaga hak cipta bagi logo anda.
Ala... yang selalu orang cakap hak cipta terpelihara tu... Sebelah logo Coca Cola atau Boboiboy tu... ada tulis TM kan? Ha... maksudnya hakcipta terpelihara.
Saya tahu apa yang awak fikir? Kat sini kalau ada orang nak tiru, dia akan tiru kan? Memang betul, tetapi kalau awak memfailkan permohonan untuk hakcipta logo, awak boleh menyaman mereka yang "Mencuri" hak cipta awak daripada digunakan.
Benda Kecil sebelah Logo awak tu!
Kalau awak dengar baru - baru ini, Naelofar Hijab (Klik Sini), telah memfailkan saman di Vietnam dan pengeluar di Malaysia yang meniru Hijab beliau. Bagi saya, Naelofar mungkin kalah besar di Vietnam, tetapi disebabkan beliau memfailkan logo hak ciptanya, beliau telah berjaya menghalang peniaga tidak beretika daripada terus meniagakan produk dengan nama syarikat beliau.
Jadi, kalau awak nak pegi membuat permohonan, mestilah awak kena tahu dekat mana kan? (Klik Sini Untuk Lokasi). Saya gemar kerana pejabat buka pada pukul 8.15 pagi dan awak akan dilayan kurang daripada 5 minit.
Kalau Awak Nampak Logo Ini, Awak di tempat yang tepat!
Jadi, ini senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan
NOTA PENTING: Syarikat awak tidak terus mendapat hak ekslusif terhadap logo awak walaupun awak telah membuat permohonan. Hal ini kerana permohonan ini mengambil masa 8 bulan, dan masa ini digunakan untuk mengenalpasti jika permohonan anda melanggar hak cipta logo syarikat lain. Jadi, kenalah berwaspada!
Sila buat rujukan kepada flowchart (Klik Sini) untuk bagaimana permohonan anda diproses.
Dan semua itu hanya mengambil masa 30 minit! Datanglah awal agar anda tidak tersangkut akibat terlalu ramai orang di sana.
Lain kali kita akan bercakap pula tentang paten, jikalau awak hendak la! ;)
Terima Kasih kerana sudi mendengar pencerahan saya. Semoga ilmu ini menjadi manfaat bagi semua!
Yours Always,
Arif Fauzi

Comments
Post a Comment