60 Saat Untuk Membina Online Store?!! - Bahagian 1

Salam Semua,

Pada hari ini, saya ingin mengajar anda semua bagaimana membuat website.

Saya mengguna platform Shopify, dan saya rasakan ini antara platform yang terbaik kerana,
1. Menghasilkan Website Dengan Cepat
2. Senang Untuk Menambah Produk dan Inventori
3. Boleh menghasilkan Invois, Resit dan Mendapatkan Maklumat Pelanggan
4. Payment Gateway (Cth: Paypal)
5. Point Of Sale, contohnya, anda berniaga di Exhibition, Shopify boleh mengenalpasti stok anda supaya tak pening kira stok! ;)

Kami semua usahawan, dan fokus patut kepada membuat jualan dan bukan sibuk menghasilkan invois la, resit la. Dengan platform ini, customer beri emel dan dalam 1 minit terus dah ada resit dalam emel dia. Tersangatlah mudah!

Ini contoh website yang telah dihasilkan oleh saya sendiri. Sila Klik Black Swan By ZJ.

Jangan risau, awak boleh cuba – cuba dulu dengan PERCUMA!

Jadi, saya akan terangkan Langkah - langkah yang perlu diambil

1. Anda sudah beli Domain? Jika belum, Sila Klik (BM / English) untuk Post Tentang Domain

2. A. Sila ke Laman Shopify




B. Click di Start your free Trial


Di page ini, sila letakkan email yang ingin dipakai untuk login page ini. Pilih password yang sesuai dan letakkan nama store anda di Store Name

C. Tunggu Sebentar... Pegi Bancuh Kopi dulu...


D. Haa... Kan saya suruh bancuh kopi?! ;) Lepas tu sila isi semua maklumat yang diminta di atas dan klik Next.

E. Seterusnya sila isi maklumat ini supaya shopify kenal pasti saiz bisnes anda.

Nota Penting : Pastikan anda baca Terma dan Syarat Shopify supaya anda dapat kenal pasti hak anda sebagai pengguna Shopify


3. Maka Selesailah Pendaftaran anda, tempoh percubaan anda telah bermula! Tahniah kerana anda dah membuat satu website anda sendiri!


Untuk Langkah Seterusnya dimana saya akan ajar penggunaan template sebagai layout dan meletakkan produk - produk anda, Saya akan Post di Bahagian 2.

Terima Kasih, semoga ilmu saya ini dimanfaatkan ramai usahawan - usahawan di sana.

Yours Always,

Arif Fauzi

Comments

Popular posts from this blog

Don't Drink This Coffee!

Pelihara Hak Cipta seperti mempeliharakan anak Sendiri!

Meeting with Nora of Mydezignerlabel